Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.cium] | ترچيوم

Definisi : 1. dapat mencium, mendapat bau; 2. mencium atau dicium dgn tidak sengaja; 3. ki mendapat tahu (maklumat, keterangan, dll), telah diketahui: telah ~ olehnya jejak kita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.cium] | ترچيوم

Definisi : 1 (sudah) dicium; tidak sengaja mencium; mendapat bau. 2 ki terdengar khabar; mendapat keterangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercium


Pantun

PantunSumberTema
Kera tercium bau setanggi, Harum wangi seluruh belantara; Bendera tetap dijulang tinggi, Aman Negara hidup sejahtera.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Masak durian tercium bau, Isinya sedap terasa manis; Hendak berkenalan terasa malu, Di dalam gelap hamba menangis.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukannya kumbang tak mahu jauh, Bunganya cantik tercium wangi; Bukannya abang tiada bersungguh, Sekarang pun adik belum berjanji.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Waktu makan orang pun pulang, Minum kopi minum bersama; Malunya bukan alang kepalang, Mencium bini tercium mentua.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Perahu layar membawa limau Belum berhenti sebelum senja; Malu besar muka pun hijau, Mencium bini tercium mentua.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas