Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ren.dam] | ترندم

Definisi : 1. sudah direndam; 2. terbenam dlm air, tergenang; 3. ki tinggal lama di rumah (di suatu tempat dll); ~ sama basah, terampil sama kering prb sama-sama mahu mengerja­kan sesuatu pekerjaan (baik ringan mahupun berat), sangat setia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ren.dam] | ترندم

Definisi : 1 sudah diren­dam. 2 terbenam atau tenggelam dlm air dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rendam
Kata Terbitan : berendam, terendam,

Peribahasa

Bagai balak terendam.

Bermaksud :

Orang gemuk yang malas bergerak.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Bagaimana titi takkan terendam , Hujan lebat sebelah hulu; Bagaimana kami takkan berdendam, Tuan mendapat pasangan baru.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Rama-rama mati terendam, Ditimpa hujan sehari suntuk; Sudah lama kasih kupendam, Adik berjalan pergi merajuk.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pulau Pisang nampak terendam, Nampak dari Kuala Rambah; Hati rindu bertambah dendam, Pada siapa nak menumpang susah?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan cempedak bukan kundur, Jatuh terendam didalam kolam; Tidak berganjak tidak berundur, Sebelum padam rindu semalam.Pantun Melayu SarawakKasih

Kembali ke atas