Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ga.lang] | ترݢالڠ

Definisi : 1. digalang, berganjal; kapal ~ kapal yg terletak di atas galang; lidah ~ ki tidak dapat bertutur lagi (menyanggupi permintaan dll); 2. terhalang, tersekat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tergalang


Pantun

PantunSumberTema
Sifat perahu pantang tergalang, Bila tergalang lunasnya pecah; Adat Melayu pantang berhutang, Bila berhutang tuahnya lepas.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kayu mati patah tergalang, Anak helang tersangkut betisnya; Harimau mati tinggalkan belang, Dari belang datang bengisnya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pasang surut airnya timpas, Kena tonggak tergalang perahu; Orang patut berfikiran luas, Bila bertindak ditimbang dulu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pasang naik merentang pukat, Kena batu tergalang sampan; Orang baik senang bermuafakat, Kerana tahu menengang kawan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tengah hari orang berkayuh, Rasanya letih sampan tergalang; Hamba ke mari abang menjauh, Rasanya pedih bukan kepalang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hari panas jangan ke laut, Kalau ke laut akan tergalang; Hati panas jangan diturut, Kalau diturut akal pun hilang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas