Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.gi.la.gi.la] | تر ݢيلا -  ݢيلا

Definisi : terlalu suka (ingin, asyik, dll) sangat: jangan ~ sangat hendak kahwin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.gi.la.gi.la] | تر ݢيلا -  ݢيلا

Definisi : terlalu amat ingin (suka, asyik, cinta, berahi) akan sesuatu: anak-anak muda sekarang banyak yg ~ mahu hidup di bandar; kulihat banyak gadis yg ~ kepadanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.gi.la.gi.la] | تر ݢيلا -  ݢيلا

Definisi : terlalu gemar atau sangat suka akan; terlalu ingin: Jangan ~ akan bintang filem itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tergila-gila


Pantun

PantunSumberTema
Waktu duduk berjaga-jaga, Banyaklah kain dipakainya; Waktu datuk tergila-gila, Banyaklah datin dicerainya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Rotan akar panjang berjela, Banyak melilit di pokok mati; Hamba jua tergila-gila, Tuan tidak menaruh hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jika mudik membawa sagu, Jangan lupa membawa gula; Jika adik berasa rindu, Hamba juga tergila-gila.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Selama pasu berantai tali, Banyaklah gelang berjela-jela; Selama si bisu pandai bernyanyi, Banyaklah orang tergila-gila.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Anak kera masuk ke kebun, Nampak manggis tertawa-tawa; Awak dah tua mata pun rabun, Nampak gadis tergila-gila.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas