Buah macang tergolek-golek, Golek mari atas peti; Sekejap datang sekejap balik, Macam menyuruh anak bini. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sekali pasang timpas, Ikan tergolek-golek; Sekali abang berlepas, Jangan diharap balik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ribut-ribut tumpang kereta, Ayam tergolek di dalam belanga; Orang berebut sama sebangsa, Tak molek secara mana. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Batang manggis berkematu, Putik kandis jatuh tergolek; Abang menangis di muka pintu, Adik menangis di dalam bilik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sampan kolek kemudi songsang, Begitu belayar kemudiannya dulu; Badan tergolek hati mengerang, Pilu mendengar nyanyi si bisu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Nampak beting jauhnya pelik, Nampak perahu pergi balik; Sungguh biring jatuh tergolek, Undur-undur dia terkam balik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Pelanduk punca sembilan, Anak di dalam isi sepuluh; Harap hati nak tidur bertilam, Tubuh tergolek di lantai buluh. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Orang menjamu bulan terang, Hari Ahad tanah seberang; Tuntut ilmu jangan kurang, Ke liang lahad tergolek seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Hujan ribut kita ke pulau, Anak kekati menebar wang; Terlanjur hidup kita bergurau, Sudah mati tergolek seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Musim ribut pergi ke pulau, Terendak Cina jatuh ke ruang; Lagi hidup kita bergurau, Kalau mati tergolek seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |