Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.hem.pas] | ترهمڤس

Definisi : terbanting, tercampak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.hem.pas] | ترهمڤس

Definisi : 1 terjatuh dgn kuat; terbanting; tercampak: Kapal terbang itu telah ~ di sebuah pulau. 2 tertutup atau terbuka dgn kuat dan kena pd sesuatu: Daun tingkap itu ~ kerana ditiup angin yg kencang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hempas
Kata Terbitan : berhempas-pulas, menghempas, menghempaskan, terhempas, hempasan,

Puisi
 

Pancang di pulau jatuh terhempas,
     Hanyut sampai Pantai Serani;
Pasang tak penuh surut timpas,
     Itu bernama pasang berani.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti kaca terhempas ke batu.

Bermaksud :

Hati yang hancur kerana dukacita.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Geruda jatuh terhempas, Jatuh terhempas di Medan Sumatera; Akibat jerebu susah bernafas, Sesak nafas amat sengsara.Pantun Melayu SarawakUmum
Kerana terhempas padanya tanah, Lalu terhempas padanya pagar; Tuan dijemput naik ke rumah, Serta pula duduknya ke tikar.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Helikopter Nuri jatuh terhempas, Jatuh melanggar Gunung Bukitan; Penyelamat terus menjalan tugas, Melepasi gunung hutan hujan.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Di Gunung Murud Helikopter terhempas, Bawa penumpang menyukar hutan; Jasamu tuan tidak terbalas, Tetap abadi dalam ingatan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Pancang di pulau jatuh terhempas, Hanyut sampai Pantai Serani; Pasang tak penuh surut timpas, Itu bernama pasang berani.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Rebah jatuh ke tanah merah, Kerana terhempas pada tanah; Inikan pula daging darah, Menjemput tuan naik ke rumah.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Putus tunang raja di Daik, Pecah terhempas ke tudung saji; Terang bulan cuaca pun baik, Riuh rendah suka di hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak badak terlompat-lompat, Salah lompat jatuh terhempas; Awak botak kepala berkilat, Tambah berkilat disepuh panas..Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau kulurut padi di Daik, Pancang pulau jatuh terhempas; Kalau kuturut perangai tak baik, Pasang tak penuh surut tak timpas.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Menggulai tauhu dengan jerami, Sambal lada di lesung batu; Tuan tak tahu hati kami, Macam kaca terhempas ke batu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas