| Sungguh merdu suara seruling, Orang teringat ke masa lalu; Sungguh pemalu betina juling, Memandang tepat ia tak mahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Dapat semangka dibelah-belah, Lazat dimakan ketika panas; Teringat adinda hatiku gundah, Surat kukirim tiada berbalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Dapat udang bawa belayar, Hendak dijual pembeli sayur; Teringat abang dada berdebar, Sejak kukenal belum menegur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Dapat udang menjadi lauk, Dimakan bersama anak-beranak; Teringat abang hatiku remuk, Pesan tiada khabar pun tidak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Dapat itik baru mengeram, Banyaklah orang hendak membeli; Teringat adik hatiku geram, Hendak meminang orang tak sudi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Sebilah parang diasah tajam, Pandir hendak pergi menuai; Bila teringat sejarah silam, Air mata menganak sungai. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Kalau memanjat pokok keranji, Buah kelapa jatuh bertandan; Kalau teringat kepada janji, Sapa-sapalah kami di jalan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Dapat udang dibuat bekal, Untuk dimakan di banjar lading; Teringat abang hatiku kesal, Kerana berjalan lama tak pulang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Dapat udang perahu pun karam, Kerana diterpa gelombang besar; Teringat abang hatiku geram, Kerana dah lama tak ada khabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Dapat udang di tepi paya, Kerana lukah tidak berisi; Teringat abang hati kecewa, Kerana sudah lepaskan janji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |