Tuan belayar menyusur bulan, Mangkuk pecah pinggan teringin; Adik kacak macamlah bulan, Saya di kampung haram tak ingin. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Angin berhenti lautan tenang, Buah berembang dikutip nyonya; Teringin hati memetik kembang, Rupanya kembang sudah berpunya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ada perigi sarang penyengat, Budak berlari tungang-langgang; Tiada bergigi teringin sangat, Hendak makan ayam panggang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kalau tuan pergi ke Jeddah, Pergi dengan anak permaisuri; Kalau teringin hendak makan buah, Buah masak di ranting tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Rendang sungguh si pohon beringin, Berhenti rehat tengah hari; Bila hati sudah teringin, Tua muda hamba tak peduli. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau berjalan di jalan raya, Pakai sarung kebaya kasa; Kalau berkawan orang kaya, Asyik teringin hendak merasa. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Apa guna pelita minyak, Sumbu kain berjurai-jurai; Apalah guna harta yang banyak, Kalau teringin maksud tak sampai. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |