Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuat terjadi tiang rumah; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adat menjadi tiang amanah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Jika tak kuat duduk berunding, Tentu terjadi peperangan besar; Jika tak dapat adik kusunting, Sampai mati kan abang kejar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pak Uda menuai padi, Padi disimpan di dalam raga; Walau apa akan terjadi, Sakit senang teruskan juga. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Pergi ke pasar membeli keladi, Opak ubi sama borongkan; Biarlah biar apa terjadi, Kehendak hati saya turutkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung lekung berbunyi malam, Bunyi di atas bumbung penghulu; Allah belum menjadikan alam, Suratan kita dah terjadi dahulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Mari bermain si anak burung, Dayang Juita berjalan kaki; Mengenang diri tidak berkampung, Menurut saja apa akan terjadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |