Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ja.ga] | ترجاݢ

Definisi : 1. terbangun atau tersedar (drpd tidur): dia ~ drpd tidur kerana bunyi bising itu; 2. terkawal, terpelihara: setiap tutur katanya ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ja.ga] | ترجاݢ

Definisi : 1 terbangun (drpd tidur); terkejut: Ia ~ pd pukul lima pagi lalu pergi mandi. 2 terpelihara; terlindung: Keselamatan mereka sentiasa ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,

Peribahasa

Seumpama bunga di gaung batu,
     taruk kaca tangkainya embun.

Bermaksud :

Gadis yang cantik, terjaga dengan baik dan tak mudah didekati.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Waktu subuh orang terjaga, Sudah solat pergi berburu; Malu sungguh abang ke sana, Kukirim surat ganti tubuhku.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walaupun beruk sudah terlena, Anak menangis terjaga lagi; Walaupun datulah tua bangka, Banyaklah gadis setia menanti.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ambillah kayu buatlah pagar, Pagar selesai ternak terjaga; Ambillah guru bersifat benar, Benar perangai akhlak mulia.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Gunung Saga Gunung Banang, Bukit Pengaram kelihatan indah; Bila terjaga selalu terkenang, Hati di dalam semakin gundah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Semak halaman berpagar buluh, Tanam kundur ulam pegaga; Emak bapa asyik bergaduh, Anak tidur asyik terjaga.Pantun Melayu SarawakNasihat

Kembali ke atas