Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.jual] | ترجوال

Definisi : 1. sudah dijual: semua barang dagang­an di kedai itu habis ~; 2. sahaja hendak dijual;~ terbeli prb Mn apa yg dikehendaki drpd orang lain hendaknya berani pula dikerjakan sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.jual] | ترجوال

Definisi : telah atau dpt dijual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terjual

Peribahasa

Biarlah terjual nyawa,
     jangan terjual nama.

Bermaksud :

Tidak takutkan mati jika pada jalan yang benar.

 

Lihat selanjutnya...(2)

491

Do right and fear no man

Tidak takut untuk bertindak atas nama kebenaran

Biarlah terjual nyawa, jangan terjual nama

I'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man, but fear God.

Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Biarlah terjual nyawa, jangan terjual nama, dan takut akan Tuhan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Kerat selerang kain mastuli, Belum terjual tukangnya mati; Kuat orang jangan peduli, Sebelum ajal berpantang mati.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sejak beruk berkain sutera, Banyaklah kain terjual habis; Sejak datuk bermain gila, Banyaklah datin berbekal kerisKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Orang beradat kuat beramal, Tahu dirinya hidup kan mati; Membuang adat umat terjual, Layulah negeri kampung pun lesi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Hari buruk berhenti mencari, Hendak berbual tiada pandai; Laki pemabuk bini penjudi, Anak terjual rumah tergadai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bulan puasa bulan Ramadan, Bersambung dengan bulan Syawal; Kerana bercinta binasa badan, Untung buruk badan terjual.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kerana kainnya tiada Iebar, Hendak diikat pastilah tanggal; Kerana pemimpin pendusta besar, Banyaklah umat mati terjual.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas