| Kalau tak beli jangan dibelek, Kata orang bijak cerdik; Kalau dah undur terkam balik, Itu tanda umur nak pendek. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
| Orang menyabung di balik teluk, Kena tikam habis berlubang; Ayam terkepung di pagar buruk, Terkam musang lalu terbang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Nampak beting jauhnya pelik, Nampak perahu pergi balik; Sungguh biring jatuh tergolek, Undur-undur dia terkam balik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |