Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.jut] | ترکجوت

Definisi : 1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat ter­kejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnya (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.jut] | ترکجوت

Definisi : 1 terjaga drpd tidur; terbangun; tersedar: Ia ~ drpd tidurnya. 2 tersentak (kerana melihat sesuatu yg mengerikan dsb); terperanjat: Dia ~ mendengar lolong Leong Ah Meng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejut
Kata Terbitan : mengejut, mengejut-ngejut, mengejuti, mengejutkan, terkejut, kekejutan,

Peribahasa

Kucing melompat,
     orang terkejut daripada tidurnya,
ayam berkokok hari pun siang.

Bermaksud :

Kesusahan atau kesukaan orang lain, yang berkesan sampai kepada kita.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Anak elang mati terkejut, Hilang campak ke dalam paya; Awaklah sayang hati terpaut, Orang menolak apalah daya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walaupun hari tengah malam, Kerana terkejut bangun juga; Walaupun hati berasa geram, Kerana takut tersenyum jugaKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Parut nyiur ulam pegaga, Selasih puspa merata-rata; Terkejut kami dalam jaga, Aceh ranap sekelip mata.Pantun Melayu SarawakAgama
Berkapur sabut berkemenyan, Mandi bertimba kulit kayu; Hari petang ribut menerban, Jadi terkejut burung jentayu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tetak mengkuang di tanah tubuk, Letak buluh di atas serambi; Masuk abang bercium peluk, Terkejut pula kucing berkelahi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka

Kembali ke atas