Bagaimana tempua tidakkan palak, Mendengar kera terkentut-kentut; Bagaimana telinga tidakkan pekak, Mendengar mentua merungut-rungut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Berebut beruk merendam labu, Kancil marah buntal bersorak; Terkentut datuk dalam kelambu, Katil patah bantal berselerak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tumbuh lalang batangnya bongkok, Tumbuh menepi dipalut lumut; Sungguh malang orang yang gemuk, Disuruh mendaki terkentut-kentut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |