Satu terkerat semuanya layu, Mati layu terkulai kembang; Di situlah tempat tuah Melayu, Dari dahulu sampai sekarang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bila terkerat mohon limbuskan, Bila tercencang mohon dibalur; Bila tersesat mohon luruskan, Bila menyimpang mohon ditegur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Asap api naik berjurai, Terkerat tali di haluan perahu; Hajat hati tak mahu bercerai, Janji tersurat siapa tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tangkai dilurut jangan mematah, Satu terkerat semuanya layu; Sesuai menurut Quran dan sunah, Di situlah tempat tuah Melayu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bila terbelah menjadi layu, Bila terkerat mohon elokkan; Bila tersalah berilah tahu, Bila tersesat mohon luruskan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kembang indah menawan hati, Sayang terkerat di tengah hari; Cinta itu laksana api, Tersalah hemat membakar diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Wajiblah meraut taji pembelah, Supaya kayu cepat terkerat; Wajiblah sujud kepada Allah, Supaya selamat dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jangan ditebang kayu nan rampak, Kalau ditebang dahan terkerat; Jangan ditentang ibu dan bapak, Kalau ditentang badan melarat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |