Nyenyak tidur tidak terkira, Penat membuat rumah Laksamana; Banyak janda teruna dara, Jadi trauma akibat bencana. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Pipit murai terbang bertiga, Samudera luas tidak terkira; Cicit moyang tetap berbangga, Negara kita aman sejahtera. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Luka tangan terkena pisau, Darahnya banyak tidak terkira; Bila terkenang hati risau, Tidur malam tak pernah jendera. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tengah hari sama ke hulu, Penat kaki tidak terkira; Resah hati siapa tahu, Rindu dipendam dalam ketawa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sakit kaki terinjak bara, Bawa berjalan pening sekali; Sakit hatiku tidak terkira, Melihat tuan menjeling kami. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Asam kandis buah papaya, Hendak dimakan bersama kelapa; Hati sedih tidak terkira, Kerana lama tidak berjumpa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari Johor ke Pulau Lingga, Esoknya balik membawa ijuk; Hatiku hancur tidak terkira, Menengok adik suka merajuk. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Cerita nelayan laut bergelora, Cerita Pak Tua buat tetamu; Cantik si dara tidak terkira, Cantik ibarat ratu jamu. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Pohon selasih pohon mengkudu, Dibawa orang ke Singapura; Jikalau kekasih sudah berpadu, Hati riang tidak terkira. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |