| Burung terbang kerana sayapnya, Kuat sayap terbang mengawan; Terkurung orang kerana cakapnya, Jahat cakap terbuang kawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Burung terbang kerana sayapnya, Sayap Iebar terbangnya tinggi; Terkurung orang kerana cakapnya, Cakap besar tunangnya mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Burung terbang kerana sayapnya, Sayap lemah terbang tak jauh; Terkurung orang kerana cakapnya, Cakap menyalah banyaklah musuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Burung terbang kerana sayapnya, Patah sayap jatuh ke tanah; Terkurung orang kerana cakapnya, Salah cakap runtuhlah maruah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Rotan saga sumbunya badak, Sekerat habis dimakan api; Badan terkurung di dalam jejak, Tumbuh seratus tidak kan mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Buah nangka dimakan burung, Busuk tidak berguna lagi; Sudah lama badan terkurung, Abang tidak bersua lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Laut luas ombak menggunung, Mau berlayar sampan pun bocor; Mulut terlepas awak terkurung, Malunya besar nama pun kotor. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Cantik memakai baju kurung, Pakai tudung kain sarung; Asyik mengenang nasib untung, Diri terkurung umpama burung. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Besar cupak berdasar sukatnya, Salah kira salah berhitung; Besar bengak besar akibatnya, Salah bicara badan terkurung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Tudung saji hanyut terapung, Hanyut sampai Pulau Jerjak; Hajat hati nak pulang ke kampung, Badan terkurung tempat dipijak. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |