Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.lam.pau] | ترلمڤاو

Definisi : sangat berlebih-lebih, terlalu atau teramat sangat: kanak-kanak tidak harus dipenjarakan kecuali dia ~ jahat; maka terjumpalah sebatang kayu yg ~ besarnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.lam.pau] | ترلمڤاو

Definisi : teramat sangat; terlalu: Anaknya ~ manja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lampau (adjektif)
Bersinonim dengan lalu, lepas, kuno;,
Kata Terbitan : melampau, melampaui, terlampau, pelampau,

Puisi
 

Harap-harap makan dijerat,
     Ubi dimakan kerbau jantung;
Harap saya terlampau berat,
     Di manakah tempat hamba bergantung.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Terlampau dikadang,
     mentah.

Bermaksud :

Kerana terlalu diperbagus, akhirnya menjadi buruk. kadang (= mengadang) mengeringkan air nasi.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau tuan membelah jati, Belah jangan terlampau panjang; Jangan tuan berkecil hati, Saya memohon izin pulang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Harap-harap makan dijerat, Ubi dimakan kerbau jantung; Harap saya terlampau berat, Di manakah tempat hamba bergantung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari Kelebang ikan gelama, Dalam peti beras dikisau; Abang pergi terlampau lama, Hati saya bertambah risau.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Limbai-limbai naik ke lampau, Anak raja datang bersembah; Kalau sudah budi terlampau, Bukannya kurang makin bertambah.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Datang cikgu menanam kacang, Ditanam oleh anak sekolah; Hendak menembak burung terbang, Burung terbang terlampau payah.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pergi ke pekan ke Kota Satu, Singgah menanak sederaman minyak; Tubuh hitam semacam itu, Kampung kami terlampau banyak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari mana hendak ke mana, Dari Jepun ke bandar Cina; Wahai tuan tumpang bertanya, Burung terbang terlampau lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas