Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.na/] | ترنق

Definisi : 1. ark yg berasal dr, yg dilahirkan di: mereka itu ~ Singapura; orang ~ penduduk negeri, anak negeri, bumiputera; 2. = ternakan binatang peliharaan (kuda, lembu, kerbau, kambing, dll): beliau gemar sekali bercucuk tanam dan memelihara ~; tukang ~ a) orang yg memelihara binatang; b) = tukang ~ wang bp ceti, pelepas wang; berternak, menternak memelihara ternak (kuda, lembu, dll): perusahaan ~ itu dijalan-kan secara besar-besaran; mereka ~ binatang dan bercucuk tanam; menternakkan 1. memelihara supaya banyak, membiakkan ternak (lembu, ayam, dll): mereka juga ~ lembu utk dijual; 2. membungakan wang: hutangnya kpd orang yg suka ~ wang telah dapat dibayar oleh Zainudin; penternakan perihal memelihara dan membiakkan binatang, pemeliharaan dan pembiakan binatang; penternak orang yg menternakkan (binatang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.na/] | ترنق

Definisi : , = ternakan binatang spt kuda, lembu, atau kerbau yg dipelihara: Kerjanya bercucuk tanam dan memelihara ~. berternak memelihara binatang, spt lembu, kambing: Pd anggapan mereka, bertani lebih mendatangkan keuntungan drpd ~. menternak memelihara ternak supaya biak (banyak); membiakkan ternak: Mereka ~ kambing dan lembu utk dijual. penternakan perbuatan atau hal menternak binatang. peternakan tempat menternak binatang. peter­nak orang yg kerjanya berternak. pen­ternak orang yg menternak binatang: ~ lembu dan kambing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ternak
Kata Terbitan : berternak, menternak, penternakan, penternak,


Pantun

PantunSumberTema
Ternak ayam besar segera, Bawa sebakul buah berangan; Anak belajar di luar negara, Ibu di rumah berangan-angan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Apabila ternak tidak di pagar, Lambat-laun lari ke hutan; Apabila beranak tidak diajar, Lambat-laun menjadi setan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sudah ternak membebek-bebek, Rumahnya pula ditimpa kayu; Sudahlah anak merengek-rengek, Ayahnya pula minta dipangku.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ada malangnya membeli ternak , Makan ditengok tidur di kandang; Ada malangnya berbini banyak, Badan gemuk tinggallah tulang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ada untungnya membeli ternak, Beranak lekas telur menetas; Ada untungnya berbini banyak, Tekak puas selera pun lepas.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apabila ke hulu membeli ternak, Ke hilir pula berjaja kerang; Apabila selalu berbini banyak, Akhirnya kepala kena perkelang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sejak datuk menampar kuda, Ternak yang lain menjadi kacau; Sejak datuk mengejar janda, Banyaklah datin membeli pisauKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ambillah kayu buatlah pagar, Pagar selesai ternak terjaga; Ambillah guru bersifat benar, Benar perangai akhlak mulia.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Yakin berladang banyaklah padi, Hidup senang ternak pun banyak; Makin kupandang rosaklah hati, Hendak meminang takut ditolak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Padang rumput jalan setapak, Di sana ternak mencari makan; Orang takut jangan dibentak, Supaya tidak dibenci kawanKhazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas