Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pa/.sa] | ترڤقسا

Definisi : dipaksa, mesti, tidak boleh tidak: mahu tidak mahu, kami ~ bermalam di situ; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pa/.sa] | ترڤقسا

Definisi : tidak ada pilihan lain; tidak boleh tidak; mesti: Pd zaman dahulu, orang-orang yg pergi naik haji ~ menunggang unta dr Judah ke Mekah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paksa
Kata Terbitan : memaksa, memaksa-maksa, memaksakan, terpaksa, paksaan, pemaksaan,

Peribahasa

Seberat-berat beban,
     laba jangan ditinggalkan.

Bermaksud :

Meskipun terpaksa mengerjakan sesuatu pekerjaan yang berat namun keuntungan jangan dilepaskan.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau tak dapat ditumbuk-tumbuk, Terpaksa awak membakarnya; Kalau tak dapat dipujuk-pujuk, Terpaksa awak menamparnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau tak dapat dipatah lagi, Terpaksa awak menebangnya; Kalau tak dapat ditegah lagi, Terpaksa awak membuangnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau tak masuk dengan pahat, Terpaksa ditukul dengan besi; Kalau tak masuk dengan nasihat, Terpaksa dipukul sampai Iesi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau tak terjerang dengan pulut, Terpaksa dikerang dengan empingan; Kalau tak terlarang dengan mulut, Terpaksa dilarang dengan tangan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Hendak ke laut hari dah tinggi, Terpaksa juga diam di darat; Hendak mengikut orang tak sudi, Kutunggu sampai ke akhir hayat. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Adat sedusun tuntun-menuntun, Adat sedesa rasa-merasa; Adat menuntun jangan menghamun, Adat merasa jangan terpaksa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas