Bersuka ria di hari raya, Pakai songkok pakai celana; Jangan terpedaya skim cepat kaya, Modal habis diri merana. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Bacaan API paras bahaya, Melebihi angka lapan ratus; Tugas memadam jadi terpedaya, Hutan dibakar terus menerus. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Hendak membeli jentera batu, Alat binaan jalan raya; Sebelum buat berfikir dahulu, Agar tidak jadi terpedaya. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Pakai kereta jenama Mazda, Tempat berkerja di Pudu Raya; Berbagai cara mengkhayal minda, Remaja kita cepat terpedaya. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Jika berburu di bukit Belanda, Tidak kita ke Surabaya; Jika ilmu penuh di dada, Tidak kita mudah terpedaya. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Pungut manggis pungut mengkudu, Hari Sabtu di Pasar raya; Mulut manis umpama madu, Di situ banyak semut terpedaya. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |