Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pe.li.ha.ra] | ترڤليهارا

Definisi : 1. dipelihara (dibela), terjaga: tanaman itu dlm keadaan tidak ~; 2. terlepas (terlindung) drpd bencana dll, terselamat: ~ drpd segala bahaya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pe.li.ha.ra] | ترڤليهارا

Definisi : 1 dipelihara atau dibela; terjaga: Taman-tamannya tidak ~. 2 terlepas atau terlindung drpd bahaya dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelihara
Kata Terbitan : memelihara, terpelihara, peliharaan, pemeliharaan, pemelihara,


Pantun

PantunSumberTema
Terpelihara aurat tidaklah malu, Terpelihara lidah takkan bercabang; Terpelihara adat takkan berseteru, Terpelihara tingkah takkan terbuang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terpelihara pompat sempurna sukat, Terpelihara nyiru elok penampi; Terpelihara adat sempurna sifat, Terpelihara malu duduk terpuji.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terpelihara jerat selalu mengena, Terpelihara sumbu pelita terang; Terpelihara adat Melayu ternama, Terpelihara laku disukai orang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terpelihara pukat membawa rezeki, Terpelihara perahu dapat dikayuh; Terpelihara adat mulialah budi, Terpelihara Melayu sifat senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terpelihara belat dapatlah ikan, Terpelihara perahu sampai ke seberang; Terpelihara adat selamatlah badan, Terpelihara ilmu dihargai orang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Patuh Melayu kepada pemimpin, Pemimpin sejati sama disanjung; Senonoh laku terpelihara kain, Batin berisi lahir beruntung.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Patuh Melayu kepada amanah, Amanah dijaga hidup dan mati; Senonoh laku terpelihara sumpah, Sumpah bertakhta di dalam hati.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Datuk Mansur Datuk Bendahara, Ketiga dengan Datuk Drahman; Hati bersyukur jiwa terpelihara, Hidup selalu dalam aman.Pantun Melayu SarawakAgama

Kembali ke atas