Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pe.ri] | ترڤري

Definisi : terkatakan, tercerita­kan, tergambarkan; tidak ~ tidak terkatakan (tergambarkan): adinda suka tidak ~; sedih hatinya bukan kepalang, tak terperikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pe.ri] | ترڤري

Definisi : dpt digambarkan; dpt dikatakan: Gadis itu ketakutan tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terperi


Pantun

PantunSumberTema
Berdodoi-dodi berkawan kawan, Elok suara tidak terperi; Aduhai cucu anak bangsawan, Ingatlah nasihat yang nenek beri.Pantun Melayu SarawakNasihat
Sesak nafas kerana jerebu, Nafas semput tidak terperi; Hujan kuimpi matahari kurindu, Inginku lihat langit berseri.Pantun Melayu SarawakUmum
Hutan terbakar di Kalimantan Barat, Kabus tebal tidak terperi; 19 September tarikh tersurat, Isytihar darurat seluruh negeri.Pantun Melayu SarawakUmum
Sangkar emas buat isteri, Saat indah masa beradu; Mendengar puji tidak terperi, Sengat lebah terasa madu.Pantun Melayu SarawakNasihat
Selasih melati tidak bersari, Terap digalas untuk pasaran; Sedih hati tidak terperi, Harap belas kasihnya jiran.Pantun Melayu SarawakNasib
Buluh perindu nama diberi, Ditiup angin bergoyang-goyang; Hatiku rindu tiada terperi, Kerana adinda lama tak datang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pucuk belinjau si daun seranti, Sayang kembang pasang pagi; Hati risau tidak terperi, Kekasih tidak mengenang budi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Belajar jawi belajar rumi, Sakit terguris terkena duri; Ombak Tsunami gemba bumi, Langit menangis tidak terperi.Pantun Melayu SarawakAgama

Kembali ke atas