Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pu.ji] | ترڤوجي

Definisi : 1. (sudah) dipuji, (sudah) dikatakan kebaikannya; 2. sangat baik (mutu dll), termasyhur kebaikannya (mutunya dll): sifat-sifat yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pu.ji] | ترڤوجي

Definisi : 1 sudah dipuji. 2 sangat tinggi mutunya (kelulusannya dll); terbaik: Pasukan tsb telah memberikan perkhidmatan yg cemerlang dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puji
Kata Terbitan : memuji, memuji-muji, terpuji, pujian, puji-pujian, pemujian,

Puisi
 

Budak-budak baik mengaji,
     Dapat mengaji sangat terpuji;
Cari nafkah dapat naik haji,
     Boleh menziarah makam nabi.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Bulan puasa bulan terpuji, Beramai-ramai pergi ke surau; Badan sengsara memakan hati, Kasih tak sampai hatiku risau.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kata adat kata terpuji, Tidak ada kata terbuang; Kita seadat serta sehati, Rosak nama bilang bersilang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat umat kepada Allah, Hidup terpuji dunia akhirat; Kuat adat mulia maruah, Hidup mati membawa manfaat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat tua berdada lapang, Duduk terpuji senonoh berdiri; Adat dijaga lembaga dipegang, Untuk menjadi suluh negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tegak adat rakyat bahagia, Pemimpin terpuji muka belakang; Rosak adat rakyat teraniaya, Pemimpin keji bala pun datang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pantun Melayu kepada ulama, Ulama terpuji lahir dan batin; Senonoh laku mulia nama, Ke mana pergi hidup terjamin.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Dibilang kata disebut adat, Siapa beradat nama terpuji; Sebarang kerja patut beringat, Siapa ingat kerja menjadi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai akhlak terpuji; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramal bela-membela.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tegak adat hidup sentosa, Rakyat tenang pemimpin terpuji; Rosak adat bertambah dosa, Laknat datang sepanjang hari.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Budak-budak baik mengaji, Lagi alim lagi terpuji; Cukup bekal naik haji, Supaya dapat syafaat nabi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
1234

Kembali ke atas