Kail tersangkut di pohon pedada, Batu belah batu durhaka; Ambil iktibar bencana melanda, Badai Tsunami bawa petaka. | Pantun Melayu Sarawak | Rampai Tsunami |
Pacak lokan panggang lokan, Lokan tersangkut di papan kemudi; Kakak bukan saudara bukan, Tersangkut sedikit kerana budi. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Ayam hutan terbang ke hutan, Tali tersangkut pagar duri; Adik bukan saudara bukan, Hati tersangkut kerana budi. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Hendak menjala jalaku tersangkut, Jala baru dikibar juga; Hendak berjumpa hatiku takut, Hati rindu ditahan juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak menjala jala tersangkut, Jala baru dikibar juga; Hendak mencuba hatiku takut, Hati takut dicuba juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Datuk Kelana pergi menangguk, Tersangkut tangguk di sauh kapal; Saya umpama orang mengantuk, Apatah lagi disorong bantal. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Pohon kapas dibaling-baling, Tersangkut kaca koyak seluar; Melintas dara sambil menjeling, Terbeliak mata macam nak keluar. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Anak kerbau mati lemas, Bangkai tersangkut di Kampung Baru; Cina Bau mendulang emas, Lombong emas di Tasik Biru. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Putus berdenting tali rebab, Putus tersangkut buah baju; Tak usah dicari sebab, Habis untung cerailah dahulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Baju hitam berketam halus, Mari tersangkut di alang panjang; Tubuh adik nan hitam halus, Seri gemala banjar yang halus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |