Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sén.ta/] | ترسينتق

Definisi : 1. tertarik dgn kuat, terpiuh; 2. tersedar (drpd tidur, lamunan, dll) dgn tiba-tiba, terperanjat: laki-laki bermuka cengkung itu ~ drpd khayalannya; sentap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.sén.ta/] | ترسينتق

Definisi : 1 tertarik kuat-kuat; ter­cabut. 2 terjaga atau tersedar dgn tiba-tiba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sentak
Kata Terbitan : menyentak, tersentak,

Puisi
 

Sayang senduduk pengail talang,
     Kain buruk kami tapiskan;
Tersentak tidur tengah malam,
     Bantal peluk saya tangiskan.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Sayang senduduk pengail talang, Kain buruk kami tapiskan; Tersentak tidur tengah malam, Bantal peluk saya tangiskan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jong ditembak menggugah alam, Batang tiang buat gantian; Tidur tersentak di tengah malam, Kenang-kenanglah pada perjanjian.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sentakkan kembang tengah malam, Cencang ratalah limau manis; Tidur tersentak di tengah malam, Hancur hati bagai diremas.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Air selepak di dalam talam, Air geluk mandi dihabisi; Tidur tersentak di tengah malam, Bantal dipeluk ditangisi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berapa dalam Sungai Kuantan, Hendak menyeberang perahu tidak; Ilmu apa tuan pakaikan, Tidur malam badan tersentak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sorek bukan betung pun bukan, Ruasnya pula berkotak-kotak; Upas bukan racun pun bukan, Tidur malam tersentak-sentak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas