Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.se.sat] | ترسست

Definisi : 1. tersalah jalan yg diikuti: semenjak suami saya masuk hutan, entah masuk komunis, entah ~ jalan, saya tetap dianggap serong; 2. ki terpesong drpd kebenaran (fikiran, fahaman, dll): dia mengingatkan kita supaya jangan ~ dan jangan melupakan Tuhan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.se.sat] | ترسست

Definisi : 1 tersalah jalan. 2 terpesong dr yg benar: Baginda telah mengingatkan kita supaya tidak ~ dan tidak melupakan Tuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesat
Kata Terbitan : tersesat, menyesatkan, kesesatan, penyesatan,


Pantun

PantunSumberTema
Bila tersesat ke sarang semut, Habislah badan kan kena gigit; Bila berangkat abang ke laut, Relalah hamba mendaki bukit.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walaupun hujan mulai gerimis, Kerana tersesat melangkah juga; Walaupun perangai bagaikan iblis, Kerana berpangkat dibela jua. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Adat berjalan mahu bertanya, Bila malu tentu tersesat; Adat berkawan mahu bersama, Bila tak mahu seteru dekat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mengkaji ilmu hendaklah sampai, Supaya jangan kita tersesat; Terpuji Melayu bijak perangai, Sesama insan kita bersahabat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bila terkerat mohon limbuskan, Bila tercencang mohon dibalur; Bila tersesat mohon luruskan, Bila menyimpang mohon ditegur.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apabila mencari buah putat, Pucuknya dapat dibuat ulam; Apabila sekali lidah tersesat, Kutuk dapat umat mendendam.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bila terbelah menjadi layu, Bila terkerat mohon elokkan; Bila tersalah berilah tahu, Bila tersesat mohon luruskan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bukan mudah memasang jerat, Salah pasang terjerat ternak; Bukan mudah memegang adat, Salah pegang tersesat tegak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau bergalah di semak-semak, Kalau memnjat dicari dahan, Kalau berlunjur ditarik lutut; Kalau bersalah disemak-semak, Kalau tersesat dicari jalan, Kalau terlanjur berbalik surut.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas