Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sing.gung] | ترسيڠݢوڠ

Definisi : 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.sing.gung] | ترسيڠݢوڠ

Definisi : 1 terkena sedikit; tersentuh. 2 disakiti ha­tinya: Dia mudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singgung
Kata Terbitan : bersinggungan, menyinggung, tersinggung,

Puisi
 

Burung perling matanya merah,
     Hendak memakan tempulur labu;
Sahabat menghilang nampak marah,
     Tersinggung kawan dalam kalbu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Mudah terbelingut bagai pisau belik.

Bermaksud :

Mudah tersinggung dan berkecil hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Mudah bengkok bagai parang timah). terbelingut = terpelecok; belik = tin, timah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Sarang lebah nampak tergantung, Baik-baik jangan tersinggung; Ingat-ingat kita di kampung, Jangan diagah rimau menyangkung.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau sekali memukul gong, Dua kali memukul gendang; Kalau sekali orang tersinggung, Dua kali orang meradang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bagaimana badak takkan melolong, Hendak berteduh ditusuk duri; Bagaimana awak takkan tersinggung, Awak lumpuh diajak berlari.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Burung perling matanya merah, Hendak memakan tempulur labu; Sahabat menghilang nampak marah, Tersinggung kawan dalam kalbu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas