Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sing.kap] | ترسيڠکڤ

Definisi : 1. terbuka, terselak: maka tirai pedati Sumirah pun ~; 2. ki terbongkar (rah­sia dll); ~ hati ki suka (senang) hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.sing.kap] | ترسيڠکڤ

Definisi : ter­buka atau terangkat penutupnya; ter­selak: Langsir tingkap di biliknya ~ sedikit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singkap
Kata Terbitan : menyingkap, tersingkap,


Pantun

PantunSumberTema
Yang disebut baju tersingkap, Baju terbuka nampaklah pusat; Orang tak takut pergi menyelap, Memburu betina sepepak tempat.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tanda berbaju ada butangnya, Butang tersingkap dada terdedah; Tanda bermalu ada pantangnya, Pantang bercakap membawa fitnah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Waktu duduk menumbuk lada, Kain tersingkap tiada tahu; Waktu datuk mabuk betina, Datin bersiap membawa palu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau selalu berkain gumbang, Lambat-laun tersingkap juga; Kalau selalu main belakang, Lambat-laun tertangkap juga.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau selalu berkain sarung, Lambat-laun duduk tersingkap; Kalau selalu bermain serong, Lambat-laun masuk ke lokap.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Waktu mandi berkain basahan, Supaya aib tidak tersingkap; Baru sekali main sungguhan, Kerana nasib awak tertangkap.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Adat memakai menutup aurat, Adat berkain pantang tersingkap; Adat beramai hidup bersahabat, Adat bermain memegang adab.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tengah hari bermian sulap, Banyaklah orang suka melihat; Tengah mengaji kain tersingkap, Banyaklah orang lupakan ayat.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak tikus bermain asap, Mata berkunang perut pun sakit; Awak kurus kain tersingkap, Nampaklah tulang dibalut kulit.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas