Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.tang.kap] | ترتڠکڤ

Definisi : sudah ditangkap, terdapat, ter­kena (jerat dll), tertahan, tertawan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.tang.kap] | ترتڠکڤ

Definisi : sudah ditangkap; tertawan; terkena jerat dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Ayam dapat,
     musang dapat.

Bermaksud :

Pencuri tertangkap, barang-barangnya pun tidak hilang.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Kami pergi memukat, Tertangkap ikan pari; Suami isteri sepakat, Anak bijak bestari.Pantun Melayu SarawakJati Diri
Selasih mekar terang bulan, Umpan dipasang tertangkap ketam; Berkasih sayang biar berpadan, umpama api dalam sekam.Pantun Melayu SarawakNasihat
Anak sembilang mudik menduduk Sekali jala habis tertangkap; Diajak berterang adik tak mahu, Kunanti saja di dalam gelap.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kerana beruk duduk melukah, Banyaklah kijang datang mengintai; Kerana datuk tertangkap basah, Banyak orang bercerai-berai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tuan berjalan saya berlari, Hendak cepat masuk asrama; Kalau berkawan orang mencuri, Tertangkap kawan terpenjara sama.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kalau selalu berkain gumbang, Lambat-laun tersingkap juga; Kalau selalu main belakang, Lambat-laun tertangkap juga.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Waktu mandi berkain basahan, Supaya aib tidak tersingkap; Baru sekali main sungguhan, Kerana nasib awak tertangkap.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas