Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.tu.tup] | ترتوتوڤ

Definisi : 1. tidak terbuka, terkatup, terkunci: sehari-hari ini pintunya ~ sahaja; 2. ki tidak bebas lagi, tidak terbuka utk mendapat atau menerima sesuatu: malangnya ketika demi-kian, peluang bagi mengisi perut telah ~ bagi mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.tu.tup] | ترتوتوڤ

Definisi : 1 sudah ditutup; terkunci: Tingkapnya ~ saja kerana hari hujan. 2 ki tidak bebas; terhad: Pintu rezeki mereka belum ~ lagi. 3 ki bukan utk umum: sidang ~ sidang mesyuarat utk anggota-anggota saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tutup
Kata Terbitan : bertutup, menutup, tertutup, penutupan, penutup,


Pantun

PantunSumberTema
Berguna pelekat dibuat sarung, Bila disarung tertutup aurat; Berguna adat dapat bernaung, Bila bernaung hidup selamat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok kain benangnya rapat, Bila rapat aurat tertutup; Elok pemimpin memegang adat, Bila beradat selamat hidup.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kencang utara daratan Siam, Bunyi beduk dari hulu; Datang sengsara duduk diam, Asalkan tertutup sekalian malu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Mencari ilmu sampai ke lahad, Supaya hidup tak sia-sia; Terpuji Melayu memakai nasihat, Negara tertutup syurga terbuka.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas