Terung asam terung berbulu, Mari ambil buat kerabu; Jangan tuan salah keliru, Nak cari umbut terkena buku. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Terung ini terung di Jeddah, Tiada bercabang cantik lagi; Tenung ini tenung penyudah, Tiadakan balik lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Budak-budak beli terung, Kalau terung dimasak minyak; Lagi ditimbang baik diborong, Kalau ditimbang untung tak banyak. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Terung catur tepi sempadan, Tanam gelugur di tebing tinggi; Sudah patut sudah padan, Sudah ukur sama tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Beli terung beli kucai, Makan mari bulan puasa; Kena cium orang bermisai, Tiga tahun terasa-rasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Tanam terung tepi beting, Anak bangau turun mandi; Berapa banyak pukat keliling, Ikan tak mahu serahkan diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Waktu menteri berdagang terung, Celananya basah kena santan; Pilulah hati memandang umat, Rajanya serakah lupa daratan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Galah pendek penjolok terung, Masak sebiji dimakan tupai; Awaklah pendek gemuk gedempung, Hendak berbini tinggi semampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ada untungnya membeli terung, Walau direndam tidakkan lengit; Ada untungnya berlaki ompong, Walau geram tak dapat menggigit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak Cina berjual terung, Hilang sebiji di tapak tangan; Sudah lama ayam kukurung, Cuba-cuba lepas di laman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |