Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tetap;

Puisi
 

Raja Sultan bersarung kuda,
     Buku siap bermain kilarnak;
Anjung yang tetap menjadi legar,
     Dipandang laut berombak tidak.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Hitam-hitam gajah,
     putih-putih udang kepai.

Bermaksud :

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.

 

Lihat selanjutnya...(75)


Pantun

PantunSumberTema
Nan galah tetap galah, Nan akar tetaplah akar; Nan salah tetaplah salah, Nan benar tetaplah benar.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Walaupun sampan belayar lagi, Hamba tetap bertambat juga; Walaupun tuan mengingkari janji, Hambakan tetap taat setia.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walaupun hujan datang menimpa, Kami tetap berladang padi; Walaupun tuan memandang harta, Kami tetap berlapang hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hendak mati matilah ikan, Jala tetap direntang lagi; Hendak benci bencilah tuan, Hamba tetap datang ke mari. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walaupun kolek sudah berhenti, Perahu nadi tetap belayar; Walaupun adik sudah membenci, Hatiku ini tetap bersabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau berjaj hendaklah hemat, Supaya dagangan tetap berlaba; Kalau bekerja hendaklah cermat, Supaya pekerjaan tetap berjaya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Walau bulan tidak mengambang, Pelita kami tetap menyala; Walaupun tuan tidak memandang, Cinta di hati tetap membara.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walaupun benih dimakan musang, Bila disiram tetap menjadi; Walau kekasih di tangan orang, Cinta kupendam tetap abadi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Mulia suku adatnya kukuh, Tegaknya tetap tidak berubah; Bila bersatu umat kan teguh, Retaknya tidak membawa belah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Wakil bukan sebarang wakil, Wakil tetap mewalikan anak; Degil bukan sebarang degil, Degil menyelap gilakan talak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12345

Kembali ke atas