Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tetap
1. Bersinonim dengan kekal
( abadi, baqa, selama-lamanya, lestari, tidak berkesudahan, )
(adjektif:)
Berantonim dengan sementara

2. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( terus-menerus, sentiasa, selalu, tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak berkesudahan, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan terhenti-henti

3. Bersinonim dengan pasti
( tentu, tegas, mesti, wajib, tidak boleh tidak, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : menetap, menetapi, menetapkan, ketetapan, penetapan,

Puisi
 

Burung pungguk burung dewata,
     Hinggap mari di ranting mati;
Sungguhpun duduk jauh di mata,
     Kasih tetap di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai pancang digoncang arus.

Bermaksud :

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Sebagai pimping di lereng bukit, e. Seperti panji-panji dituip angin).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Walau bulan tidak mengambang, Pelita kami tetap menyala; Walaupun tuan tidak memandang, Cinta di hati tetap membara.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walaupun hujan datang menimpa, Kami tetap berladang padi; Walaupun tuan memandang harta, Kami tetap berlapang hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sungguh lebar perigi batu, Dilangkahi orang tiada tetap; Sungguhlah sabar hati si bisu, Dimarahi orang tiada menjawab.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Dari Parit ke Tanjung Piandang, Singgah sekejap membeli roti; Bila sudah wajah terpandang, Tetap tersimpan di lubuk hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung pungguk burung dewata, Hinggap mari di ranting mati; Sungguhpun duduk jauh di mata, Kasih tetap di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas