| Ombak Tsunami datang menyerbu, Tiada kawalan tiada sempadan; Angka kematian beratus ribu, Habis musnah punca kehidupan. | Pantun Melayu Sarawak | Rampai Tsunami | 
				| Apa disesal kayu berdiri, Tiada rebah tiada berguna; Apa disesal semahu diri, Sial tuah sial hujungnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa | 
				| Hendak makan pinang tiada, Pinang ada di atas meja; Ke sana tiada di sini tiada, Baru kutahu hatiku hampa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta | 
				| Mak Minah duduk di pintu, Duduk di pintu merejut renda; Merana hamba yatim piatu, Tiada ayah tiada berbonda. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat | 
				| Kalau tiada kerana bulan, Tiada bintang terbit pagi; Kalau tidak kerana tuan, Tidak saya jadi begini. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta | 
				| Intan dingin isinya dingin, Dingin tidak berbau lagi; Puan ingin tiada ingin, Ingin tiada baharu lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta | 
				| Alim nampak kepada rupa, Alim dijunjung sampai tua; Yatim anak tiada berbapa, Yatim kampung tiada bertua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan | 
				| Anak kumbang terayap-rayap, Ditangkap oleh anak Turki; Hendak terbang tiada bersayap, Hendak hinggap tiada berkaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta | 
				| Anak kumbang terayap-rayap, Mari ditangkap anak Turki; Hendak terbang tiada bersayap, Hendak hinggap tiada berkaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta | 
				| Jika tiada pisang tembatu, Makan saja sebarang pisang; Jika tidak abang bercumbu, Manakan hamba mabuk kepayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |