Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tiada
Kata Terbitan : meniadakan, peniadaan, ketiadaan,

Puisi
 

Intan dingin isinya dingin,
     Dingin tidak berbau lagi;
Puan ingin tiada ingin,
     Ingin tiada baharu lagi.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Layang-layang putus talinya.

Bermaksud :

Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai wau putus teraju, b. Laksana layang-layang putus teraju).

 

Lihat selanjutnya...(15)

600

The tongue is sharper than the sword

Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal

Pisau senjata tiada bisa, bisa lagi mulut manusia

Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.

Sesungguhnya pisau senjata tiada bisa, bisa lagi mulut manusia . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Sejak benalu melilit benang, Tiada lagi putat berbunga; Sejak kutahu aduk bertunang, Tiada lagi tempat bercanda.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sejak perahu mudik ke hulu, Tiada lagi orang menjala; Sejak kutahu adik cemburu, Tiada lagi abang menggoda.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sejak rumah tidak bertunggu, Tiada lagi orang berkunjung; Sejak adinda tak mahu bertemu, Hatiku kini menjadi bingung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sejak bernalu dipetik orang, Tiada lagi musuh tanaman; Sejak kutahu adik bertunang, Patahlah hati putus harapan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sejak selasar menjadi bilik, Tiada lagi tempat berehat; Sejak kudengar nyanyian adik, Cinta di hati bertambah lekat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sejak orang berambah hutan, Tiada lagi kera mendayu; Sejak memandang wajahmu tuan, Gilalah kami menahan rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pucuk kaduk pucuk midin, Daun capa dalam padi; Rupa tiada lagi miskin, Mana hendak membawa diri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau meniup seruling bambu, Gembira hati orang mendengar; Kalau hidup saling membantu, Tiada lagi orang terlantar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau meniup seruling buluh, Ke mana pergi orang mendengar; Kalau hidup saling mengasuh, Tiada lagi orang yang lapar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sayang perahu sudah berlabuh, Tiada lagi orang ke laut; Orang kurindu sudah menjauh, Siapa lagi akan kuturut.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas