Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tiang;

Puisi
 

Rumah kecil tiang seribu,
     Rumah besar tiang sembilan;
Dari kecil dikandung ibu,
     Sudah besar mencari makan.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Layar menimpa tiang.

Bermaksud :

Kawan menjadi lawan.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
Ambillah kayu buatlah tiang, Tiang berdiri penyangga rumah; Ambillah guru taat sembahyang, Sembahyang ini membawa berkah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Lurus kayu menjadi tiang, Tiang bendera dan panji-panji; Tulus hatiku meminang abang, Abang juga mungkirkan janji.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tiang pondok ditakik budak, Tidakkan putus sampai pagi; Abang tengok adik bercelak, Bagaikan putus tangkai hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tiang rumah kayu menanti, Baik diukur agak sedepa; Abang sudah malu menanti, Adik ditegur tidak menyapa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tiang rumah bongkok sebatang, Ke mana ditarik tidak sejudu; Abang sudah mabuk kepayang, Mengapa adik tak mahu tahu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tiang rumah bersegi empat, Sudah berdiri sebulan penuh; Abang sudah berjanji erat, Mengapa kini berjalan jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tiang pancang lebih sekali, Dibawa mudik buat penggalah; Abang datang menagih janji, Mengapa adik kuat berhelah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tiang pancang kayu jelatang, Terkena badan pedih sekali; Abang datang mahu meminang, Mengapa puan bersedih hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tiang tengah kayu meranti, Satu patah semuanya remuk; Hilang tuah malulah diri, Berlaku salah nama busuk.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Rosak tiang kerana bengkok, Tiang bengkok cepatlah rebah; Rosak orang kerana kemaruk, Orang kemaruk niatnya salah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12345678910

Kembali ke atas