| Ambil galah jolok jantung, Jatuh sebiji tepi paya; Saudagar tidak beruntung, Hendak mengadu dagang saya. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Cik Rasip beli sotong, Bawa pulang lalu dibasuh; Nasib tuan tidak beruntung, Lain tanam lain tumbuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Kulitlah ketam dipanggang lotong, Panggang di dapur tinggal tulang; Nasibku badan tidak beruntung, Ayam ditambat disambar helang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Cik Hassan mudik ke Bentong, Singgah memetik buah putat; Nasib badan tidak beruntung, Ikan digulai habis melompat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Mengapa pisang tidak berjantung, Kerana akarnya dimakan ulat; Mengapa orang tidak beruntung, Kerana dasarnya lupakan kiblat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Sayang pandan tidak berhujung, Mana nak sama hujung mengkuang; Nasib badan tidak beruntung, Yang untung cuma seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Sungguh beruntung bergigi rata, Makan mempelam tidak diluluh; Sungguh beruntung berlaki buta, Berjalan malam tidak bersuluh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Buluh betung bercabang rebung, Batangnya tidak berbelah lagi; Sungguh beruntung orang ompong, Makan tidak mengunyah lagi. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Buluh betung ditebang jauh, Tumbang ke bumi tidak tegak; Sungguh beruntung orang lumpuh, Orang berlari awak merangkak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Tumbuh betung di tepi tembok, Terbakar pohon tidak kan hangus; Sungguh beruntung berbini gemuk, Lapar setahun tidakkan kurus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |