Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Tidak boleh saya nak banang,
     Dua tiga burung merpati;
Tidak boleh saya mengenang,
     Kalau mengenang hancur hati.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Biar mati anak jangan mati adat.

Bermaksud :

Adat yang tidak boleh dilanggar.

 

Lihat selanjutnya...(42)

606

Truth will come to light

Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya.

Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.

For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will come to light, eventually

Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(79)

Pantun

PantunSumberTema
Tidak boleh dibenang-benang, Anak Lingga mabuk pinang; Tidak boleh dikenang-kenang, Air mata jatuh berlinang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tidak boleh saya nak banang, Dua tiga burung merpati; Tidak boleh saya mengenang, Kalau mengenang hancur hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Masak sudah asam paya, Tidak boleh dijolok lagi; Rosak sudah badan saya, Tidak boleh dipujuk lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sedikit minta sedikit, Tidak boleh dikasi banyak; Ada rumah di kaki bukit, Berhibur hati orang banyak.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Telah masak rambai nan manis, Tidak boleh nan muda lagi; Telah bengkak mata menangis, Emak tak dapat bersua lagi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bismilah mula dikarang, Syairlah pantun sajanya kurang; Laksana kainlah jarang, Tidak boleh dibagi orang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Menjerat kerbau jalang, Jerat ditahan sembilan mata; Sedang jinak ditatang abang, Tidak boleh ditangkap saja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asam paya di dalam belukar, Pohon jati di tengah huma; Hati saya tidak boleh ditukar, Hidup mati hendak bersama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak beruk sebesar lengan, Mari dibungkus tudung kain; Sungguhpun buruk hatiku berkenan, Tidak boleh ditukar lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak beruk besar lengan, Mari letak atas meja; Sungguh buruk hati berkenan, Tidak boleh ditukar juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123456

Kembali ke atas