Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sirih tidak pinang tidak,
     Pinang muda dalam bilik;
Kasih tidak kenang tidak,
     Saja hamba berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(748)
Peribahasa

Memecah damar atau pagu.

Bermaksud :

Menggunakan wang simpanan atau mengadakan harta pusaka, untuk menambah penghasilan yang tidak cukup. damar = kemiri; pagu = loteng.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Malam ini malam Selasa, Digulai itik sama angsa; Jika tidak cukup periksa, Harta habis badan binasa.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Apabila cukup bilangan hari, Berjanji tidak berhelah lagi; Apabila hidup bersuami isteri, Kasihnya tidak berbelah lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Banyak terdapat di kedai Jamilah, Cukup tahun jualan murah; Tidak tercucuk jarum sebilah, Jati diri tidak rasuah.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Cukup tahun jualan murah, Kain berlonggok berguni-guni; Jati diri tidak rasuah, Susah dicari di masa ini.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Kalaulah cukup membawa bekal, Berjalan jauh tidakkan rugi; Kalaulah hidup sempurna akal, Dengan musuh pun tidak cemburu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Selangit bintang berkedip-kedipan, Redup tidak cahaya bulan; Sedikit pertolongan tuan berikan, Cukup besar kami rasakan.Pantun Melayu SarawakBudi
Orang pemukat pandai menjala, Cukup banyak mendapat rezeki; Abang ibarat bangkai bernyawa, Hidup pun tidak berguna lagi. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas