Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sayang-sayang buah kepayang,
     Masak sebiji di hujung dahan;
Hatiku rindu tidak tertahan,
     Tak pandang sehari rasa sebulan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kura-kura di atas dahan.

Bermaksud :

Orang bodoh yang tidak dapat melepaskan dirinya daripada kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Bila batang tidak berakar, Batang lapuk dahan meranggas; Bila hutang tidak terbayar, Sebarang duduk merasa cemas.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Liat sungguh dahan sialang, Diterpa angin tidak kan patah; Niatku sungguh hendak meminang, Hidup miskin bangsa pun rendah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Manggis sudah ditebuk tupai, Gugur tidak masih di dahan; Habis sudah harta digadai, Tumpang tidur ditepi jalan.Pantun Melayu SarawakNasib
Sayang-sayang buah kepayang, Masak sebiji di hujung dahan; Hatiku rindu tidak tertahan, Tak pandang sehari rasa sebulan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sekah-sekah dahan rotan, Dipukul ribut senjakala; Saya tidak menaruh intan, Tembaga buruk pada saya.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Dahan rapuh jatuh ke tanah, Dedalu tumbuh bersama palas; Teladan kepada tidak amanah, Seribu lesap sejuta melepas.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Hanyut rakit dahan rembia, Terdampar di pantai dimakan buaya; Hitam sedikit tidak mengapa, Asallah boleh membawa kerja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung nuri hinggap di dahan, Melihat undan di pokok cendana; Pilu hati tidak tertahan, Melihat tuan duduk merana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Petir guruh berselang-selang, Kilat menyambar si dahan jati; Cantik sungguh tuan dipandang, Tidak tertahan asyik di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung nuri terbang melayang, Hinggap mari di celah dahan; Walau nasi sudah terhidang, Tidak disuap masakan makan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas