Encik hendak pergi ke Deli, Singgah di pantai ikan disuluh; Jika tidak dalam diri, Orang pandai menjadi bodoh. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Buah padi dimakan puyuh, Beras tidak dalam gantang; Bagaimana kami tidak mengeluh, Sawah padi tinggal sekangkang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Makan tidak bertambahlah tidak, Makanlah sama di dalam peti; Bertemu tidak berpandang pun tidak, Rasa kiamat di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sirih tidak pinang tidak, Pinang muda dalam bilik; Kasih tidak kenang tidak, Saja hamba berulang-alik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Abang Daud menyepak raga, Raga disepak dalam mahligai; Dalam laut boleh diduga, Dalam hati tidak ku pandai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tidak tumbuh tidak melata, Patah galah dalam padi; Tidak sungguh kehendak kita, Perintah Allah juga yang jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Berburu tidak mengejar pun tidak, Hendak masuk ke dalam hutan; Berguru tidak belajar pun tidak, Sesat tak tahu cara Islam. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Banyak bunga tidak berbunga, Tanam ke darat berbunga juak; Dalam dunia tidak bersama, Dalam akhirat bersama juak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pucuk manis dalam padi, Buah papaya dalam perahu; Puas menangis dalam hati, Seorang manusia tidak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tudung saji hanyut terapung, Sulam mari gambar benang; Niat hati nak balik kampung, Lautan dalam tidak terenang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |