| Tidak dapat direnang-renang, Air di laut datang dan hilang; Tidak dapat dikenang-kenang, Airlah mata jatuh berlinang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kain panjang koyak memanjang, Tidak dapat ditebuk lagi; Abang sudah merajuk panjang, Tidak dapat dibujuk lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Jikalau tidak hujan di bukit, Keduduk tidak berbunga lagi; Jikalau tidak dapat bujang berjoget, Saya tidak menari lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalaupun daun ada uratnya, Tidak dapat meniti buluh; Kalaulah racun ada ubatnya, Tidak kan dapat menjadi sembuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Tidak dapat dikenang-kenang, Kalau dikenang mabuk kepayang; Jangan disangka airnya tenang, Tempat di situ buaya berenang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Tidak dapat dikira-kira, Air mata jatuh segera; Karam di laut angin di udara, Karam di hati kerana cinta. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Apa guna membeli kerang, Bila tidak dapat dimakan; Apa guna menjadi orang, Bila tidak mengingat Tuhan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Apa guna membeli kerang, Bila tidak dapat direbus; Apa guna menjadi orang, Bila akhlak tidak lurus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Sudahlah padi padiku juga, Padi tak dapat direbah lagi; Sudahlah hati hatiku juga, Hati tidak dapat diubah lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Mulia suku adatnya kukuh, Dipegang tidak dapat diungkai; Bila bersatu umat kan teguh, Sebarang kehendak cepat dicapai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |