Ada rumah tidak berpintu, Ada pintu tidak bertingkap; Rimau garang memang begitu, Mengaum saja tidak menangkap. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pergi ke kedai membeli arang, Bawa dapur memasak kerang; Apa guna harimau garang, Kalau tidak memakan orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Sultan Mahmud mangkat dijulang, Bunyi khabar di Kota Tinggi; Sungguh tuan rimau garang, Ada juga tidak bergigi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |