Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) terlupa; b) tidak sedarkan diri, pengsan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Buah jambu di atas meja,
     Sayang selasih datang baiduri;
Hilanglah ingat tidak mengapa,
     Hilang kekasih membunuh diri.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

2

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Pantun

PantunSumberTema
Siang malam orang menjala, Tidak ingat hujan dan panas; Mengenang puan bagaikan gila, Kukirim surat tidak berbalas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau berjalan tidak cermat, Lambat-laun kaki terpuruk; Kalau berkawan tidak ingat, Lambat-laun pasti beramuk.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sakit saya kena cepu, Tidak sakit kumbang menyengat; Sakit saya kerana tipu, Dalam tipu tidak ingat.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Buah jambu di atas meja, Sayang selasih datang baiduri; Hilanglah ingat tidak mengapa, Hilang kekasih membunuh diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang selasih di depan puan, Tidak niat hendak kupakai; Hatiku kasih padamu puan, Sikit tak ingat hendak kucerai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Siang malam orang berjoget, Lupa makan tak ingat tidur; Mengenang orang hatiku sakit, Hamba datang tidak ditegur.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dapat kolek bawa belayar, Berlumba-lumba dengan perahu; Ingat adik dada berdebar, Kerana lama tidak bertemu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dapat udang dibuat pindang, Makan bertambuh rasanya enak; Ingat abang hatiku bimbang, Entah sungguh entahkan tidak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas