Apa guna membeli kerang, Bila tidak dapat direbus; Apa guna menjadi orang, Bila akhlak tidak lurus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Yang lurus biarlah lurus, Supaya tidak menjadi bengkok; Orang kurus biarlah kurus, Supaya tidak iri orang gemuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Jalan lurus bersambung tidak, Sambungnya terus ke Delima Batu; Abang jauh bertemu tidak, Adik jauh yang mana satu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Nona ada papaya tidak, Bunga ros duri berkait; Benar ada percaya tidak, Telunjuk lurus kelingking berkait. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Sifat kayu kecil dan besar, Ada yang lurus ada yang tidak; Adat Melayu adil dan benar, Bila diputus pada yang hak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |