Kapal besar dua pemeluk, Ditebang berdiri duduk; Kalau tidak panjang penjolok, Manakan dapat bunga yang elok. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Besar kayu dua pemeluk, Hendak ditebang berdiri duduk; Kalau tidak panjang penjolok, Mana mendapat bunga yang elok. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kain hitam koyak panjang, Tidak boleh dijahit lagi; Rambut panjang merajuk panjang, Mana boleh dipujuk lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kain panjang koyak memanjang, Tidak dapat ditebuk lagi; Abang sudah merajuk panjang, Tidak dapat dibujuk lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit panjang tidak bergagang; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit meminang ditolak orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Pergi ke hutan memburu babi, Babi seekor taringnya panjang; Tidak salah lagakkan diri, Asal tidak menghina orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Sisirlah sisir rambut panjang, Lepas disisir disolek bunga; Fikirlah fikir sepanjang-panjang, Datang hujan tidak berguna. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Pasir putih pasirnya panjang, Boleh tidak tumpang berhenti; Adik putih lehernya jenjang, Boleh tidak kutumpang mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa guna berambut panjang, Kalaulah tidak disisir rapi; Apa guna berkasih sayang, Kalaulah tidak sepenuh hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa guna berambut panjang, Kalau tidak berani mati; Apa guna untungnya abang, Adik tidak berguna lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |