Kalau menutup tidak rapat, Nasi bekal tentulah basi; Kalau hidup tak beradat, Matilah akal buntulah hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau menutup tidak rapat, Salah letak isi terbuang; Kalau hidup tidak beradat, Di mana tegak dibenci orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau menutup tidak rapat, Bila miring isi tertumpah; Kalau hidup tidak beradat, Bila berunding pasti menyalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau menutup tidak rapat, Lalat masuk semut pun masuk; Kalau hidup tidak beradat, Tabiat buruk mulut pun busuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tanam pinang rapat-rapat, Senang puyuh berlari; Sudah pinang tidak dapat, Pujuk-pujuk bawa lari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Untuk apa berpagar rapat, Supaya tidak dimasuki babi; Untuk apa belajar silat, Supaya tidak dibodohi laki. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sungguh rapat belimbing berbuah, Dipetik budak waktu pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |