Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Asam kandis buah di hutan,
     Limau purut batang berduri;
Tipu daya kehendak tuan,
     Tidak menurut rosak hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Awal dikenal akhir tidak,
     alamat badan akan rosak.

Bermaksud :

Orang yang tak berhati-hati lakukan pekerjaannya (yang baiknya saja yang diingat) tentulah akhirnya akan menyesal dan kecewa.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Tanda parang ada hulunya, Tidak berhulu tidak terpakai; Tanda orang ada malunya, Tidak bermalu rosak perangai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Masak sudah asam paya, Tidak boleh dijolok lagi; Rosak sudah badan saya, Tidak boleh dipujuk lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asam kandis buah di hutan, Limau purut batang berduri; Tipu daya kehendak tuan, Tidak menurut rosak hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jika menyukat tidak pandai, Di kiri banyak di kanan kurang; Jika adat tidak dipakai, Negeri rosak umat berperang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Ayonglah si kunang-kunang, Ia bernama si bunga pinang; Rosaklah di laut boleh kurenang, Rosak di hati tidak kusenang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apabila tiang tidak disimpal, Lambat-laun tentulah retak; Apabila orang rosak perangai, Laknat turun seteru pun banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kata adat kata terpuji, Tidak ada kata terbuang; Kita seadat serta sehati, Rosak nama bilang bersilang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apabila jaga meninggi hari, Banyak kerja tidak menjadi; Apabila suka iri-mengiri, Rosak binasa seisi negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apa guna membeli parang, Kalau tidak ada berhulu; Apa guna menjadi orang, Kalau rosak adat perangai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bagaimana orang hendak belayar, Kemudi rosak kena gelombang; Bagaimana abang hendak bersabar, Janjimu tidak dapat dipegang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas