Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Ayam tidur senang di dalam reban,
     musang yang susah beredar sekeliling.

Bermaksud :

Tidak senang melihat kebahagiaan orang.

 

Lihat selanjutnya...(5)

323

Into every life a little rain must fall

Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)

Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.

Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.

Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Banyak orang mandi berenang, Tidak peduli kapalnya karam; Banyak orang mencari senang, Tidak peduli halal dan haram.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tidak memilih memilah-milah, Menimbang sama kanan dan kiri; Sama kasih senang dan susah, Kurang menambah lebih memberi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanam pinang rapat-rapat, Senang puyuh berlari; Sudah pinang tidak dapat, Pujuk-pujuk bawa lari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tabiat Melayu suka bergaul, Tidak membilang suku dan bangsa; Sepakat Melayu sama setukul, Sakit senang sama dirasa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu adil menimbang, Tidak memilih memilah-milah; Sifat Melayu tahu menenggang, Sama kasih senang dan susah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas